Bagaimana Standard Halal Malaysia Menjadi Rujukan Halal Global?
Malaysia kini semakin diiktiraf sebagai pusat rujukan halal dunia kerana standard halalnya yang diyakini, komprehensif dan berlandaskan syariah serta sains. Dalam sesi Bicara Bersama Pakar Industri Halal ini, peserta akan memahami maksud sebenar standard halal dan kepentingannya, proses pembangunannya serta peranan pelbagai pihak dalam memastikan standard tersebut kekal relevan. Sesi ini juga akan menerangkan peranan Malaysia dalam penyelarasan standard halal di peringkat OIC/SMIIC, faktor yang menjadikan negara ini peneraju standard halal global, serta harapan dan hala tuju masa depan standard halal Malaysia.